24.10.12

Belanja !

Sesiapa telah berada di hadapan cermin itu selama lebih dari 15 minit. Dibelek-belek mukanya. Riak mukanya, matanya yang mengekori pergerakan tangannya di atas pipi dan dahi jelas menunjukkan kerisauan tentang sesuatu. Kerisauan yang menjengkelkan.

Selepas membasuh mukanya dengan air, Sesiapa kembali duduk di ruang tamu dan membakar rokok. Sesiapa cuba untuk berlagak tenang, asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya ketika dia bersuara. 

"Mungkin, aku nak pasang braces."

"Kenapa?" kata Mungkin.

"Aih. Kenapa, kau tanya? Anyways, aku belum pernah cuba eksperimen ni lagi. Tapi aku rasa, kalau aku letakkan pembaris depan muka aku dari dahi ke dagu, rasanya mulut aku yang terkeluar ni akan membuatkan pembaris tu tak bersentuh dengan hidung dan dagu aku. Nak cuba?"

Mungkin, dia geleng kepala. "Maksud aku, kenapa sekarang." Ditutupnya buku yang dibaca dan diletakkan di atas meja sebelum Mungkin berjalan masuk ke bilik. Penanda bukunya jatuh dari pehanya. Nampaknya, the stunning exit yang Mungkin cuba sampaikan tidak berjaya, kerana dia lupa untuk menanda buku yang dibacanya.

"Hoi, kau lupa tanda bu-" sebelum sempat habis bercakap, Mungkin sudah menutup pintu bilik di belakangnya. Mungkin, betul cakap dia tu; fikir Sesiapa sambil membelek belek penanda buku tersebut. Penanda buku bercopkan 

"Halloween Party 2012".

Kerana penanda buku itulah Sesiapa terfikir tentang kostum apa yang patut dipakai ketika dia menghargai penampilannya yang sederhana di hadapan cermin tandas. Itulah sebabnya dia meleret hingga ke giginya yang.. kurang memuaskan. Fikiran Sesiapa yang kurang pemahaman tentang perkara apa yang lucu (sense of humour) meleret dan membayangkan dirinya memakai gigi besi sebagai persiapan kostumnya untuk parti tersebut, dan tergelakkan lawak sendiri, ketika berada seorang diri, di dalam tandas, yang pintunya tidak tertutup. Kill two birds with one stone? Fikirnya, seolah-olah semua ini (braces for Halloween) masuk akal.

Ya, gigi besi. Itu gelaran yang pernah dipegang oleh Sesiapa tatkala dia masih berada di sekolah rendah. Sebuah isu yang sensitif, gigi yang jongang, and the accessories that came along with it. 

Tidak, Sesiapa masih belum pun memakai braces ketika digelar begitu. 

Hanya retainer sahaja, braces versi ringkas, yang sepatutnya lebih memudahkan untuk si pengguna. Sesiapa ingat lagi, hari yang dia buat pilihan retainer dan bukan braces, atas ikhsan ibu bapanya. Pilihan yang salah. Tetapi itu bukan salah Sesiapa, tiada orang yang mahukan gigi jongang. Tetapi, Sesiapa lagi rela menghadap benda yang dia sudah hadap dari kecil, daripada diperlekehkan di sekolah oleh rakan-rakannya. At least, retainer boleh dicabut bila mahu. Macam braces untuk hipokrit, kalau dilihat sekarang. Tapi itu adalah dasar kepada pilihan Sesiapa waktu itu. Pelbagai usikan diterimanya, satu-satunya pelajar sekolah cina, with something slightly different from candies in the mouth. Paling jelas, dia masih teringat lagi ketika dia diusik kawannya;

"Sesiapa, taipkan benda ni di kalkulator kau. 1538 1616. Cepat!"

Dan Sesiapa pun, ditipu muka rakannya yang membawa riak wajah yang cukup seronok, pun menekan angka tersebut di kalkulator, tanpa mengetahui that the joke was on Sesiapa. Sesiapa menunjukkan hasil kiraannya, hanya untuk disuruh diterbalikkan kalkulator tersebut.

"Nampak tak? 9191 8E51! Gigi besi! Itu kau! Hahaha" 

dan imej dari belakang Sesiapa, fokus di kalkulator dengan angka tersebut masih intact, di tangan kirinya, dan jauh di hadapan, imej kabur kawan Sesiapa lari keluar pintu kelas, terpahat di fikiran Sesiapa, waktu itu.

Braces untuk hipokrit. Fikirnya, dia tidak akan dipandang sebagai seorang yang berlainan jika retainer itu dicabut sekali sekala. Nampaknya, kau cabut pun, gigi besi tetap gigi besi.

Nama itu melekat dengan Sesiapa hinggalah dia tamat sekolah rendah.
Perasaan takut diejek itu, melekat dengan Sesiapa hinggalah dia tamat diploma. Imej yang terpahat 10 tahun lepas, walaupun tampak kabur, tetapi masih ada bekas-bekasnya.

Jadi, Mungkin, soalannya tepat. Why now? Why at all?

Sesiapa teringat kata ibunya ketika mereka berborak tentang kes retainer ini, tahun lepas. Ibu Sesiapa tidak tahu tentang gigi besi. Kata ibunya, retainer itu dipakai untuk menyusun giginya. Bukan untuk dibuang jongang tersebut. Braces was never part of the choice, katanya. 

Nampak sangat ibu Sesiapa nak jaga hati anaknya yang cuba membangkitkan isu yang sensitif itu.



Selepas membaca entri ini, jelas. Sesiapa sahaja boleh betulkan tetapan zaman kecilnya sendiri yang sedikit off-key satu ketika dahulu, untuk mengaut kembali hasil yang sepatutnya sudah dicapai dari awal lagi. It is more than about the teeth, but the agony that came along with the wrong setting, wrong response and wrong choice, and the similar idea of acceptance and rejection that came by in the form of different situations. Kalau tidak, Mungkin akan selamanya bertanya Sesiapa soalan yang sama, sebagai respon untuk situasi yang berlainan yang diceritakan kepadanya.

Dan, masalah kostum Halloween boleh selesai. Untuk tahun ini, dan tahun depan, dan beberapa tahun yang akan datang. Kill two birds with one stone?

Sesiapa selitkan penanda buku itu di muka surat rawak di buku yang Mungkin baca. Mungkin, kau pandai. Pandai-pandai lah kau, fikirnya sambil kembali ke bilik tidur.

No comments:

Post a Comment