Aku dengan adik aku. Aku teman dia bersenam di KLCC.
Ah, dah maghrib. Kami solat di masjid KLCC. Kasut kami letakkan dalam celah pokok bunga. Tuhan suruh usaha, kemudian baru tawakal. Okay.
Selesai sudah. Kami pergi ke arah kasut.
... ah. Hilang juga kasut adik aku. Kasut aku terlepas, bernasib baik. Kerana warnanya gelap.
Aish.
Hampir terkeluar perkataan carut dari mulut. Tapi aku jerit sahaja di dalam hati.
Adik aku masih mampu gelak. Tapi mukanya merah.
"Haha, marah pun tak guna. Bukan boleh dapat balik." Katanya sambil tersenyum.
Bagaimana kami balik? Adik pakai stokin.
Stokin, si pencuri itu tinggalkan. Sekurang-kurangnya, dia tinggalkan stokin. Okay lah, kata adik.
Kami berjalan ke arah pintu masuk, dan ke arah orang ramai. Stokin tu belum apa apa lagi dah basah,
sebab hujan
"Socks. Because shoes are too mainstream." Kata adik kepada aku sambil berjalan, dalam hujan.
No comments:
Post a Comment