Tetapi, bangunlah.
Tetapi, takkan kau tidak mahu mengakui yang kau cuma malas, penuh dengan alasan.
Tetapi, aku tahu kan yang kau cuma tidak mahu meninggalkan katil.
Tidak mahu keluar dari selimut.
Terlalu selesa, kau dengan perlahan dan pasti, menjadi seorang penakut yang terperap di dalam ruang selesa.
Tetapi, yang pastinya, penakut itu wujud dalam diri kau.
Tetapi, mata kau yang celik itu, kau gunakan untuk meneliti segalanya yang tidak kau perlu. Yang tidak akan membantu.
Tetapi, kau celik. Tapi kau menjelikkan.
Dan kau pateri-kan gelaran yang aku gunakan ini di atas nama kau, dan jadikannya sebagai jawapan untuk setiap soalan yang bakal kau hadap. Tetapi, kau akan gembira. Because hey, who cares what the answer is, as long as there is an answer
No comments:
Post a Comment