30.4.13

#1

28 April 2013

Oh, Ahad. Aku masuk studio hari ini, empat sekawan. Studio B berharga RM30. Rate Damansara memang macam ... Eh.

Eh. Tak sambung cerita.

Jadilah kami empat orang pendatang asing di studio Bayi Menangis tanpa cukup latihan kekok memegang alat muzik tetapi senyum-senyum kambing dapat merasa bermain alat yang bukan norma aku dan dia-dia semua. Sang gitaris memetik empat tali instrumen badi bagi pemain gitar, manakala aku pula mengetuk tong. Mmmph! Grr! Rrrrah! Puas.

Sejam itu terasa amat cepat, walaupun kami cuma bermain Rock&Roll Queen dan Basket Case sahaja. Whatshername, gagal. Fight For Your Right, gagal. Rock&Roll Queen dan Basket Case, tak gagal. I insist on saying we did okay for both songs.

And that jamming these songs, with them, turned on this little switch inside all four of us. A switch with the label "fuck all". Kami keluar studio disambut oleh orang-orang yang bersandar di dinding di kiri dan kanan. Berlari-lari anak ibarat si anak dara, ambil tertunduk.

Dan tersenyum lebar.

Kawan aku tak terima, yang dia Punk sebenarnya.


No comments:

Post a Comment