"Akak, air jambu satu."
Dia mengetuk dompet yang diterbalikkan. Berderai syiling-syiling jatuh lalu dikira olehnya sebelum diserahkan kepada akak jambu dengan tangan kiri. Nasib tak jatuh atas lantai.
Kalau kau jahat, kau maki aku dalam hati, fikirnya meneliti raut wajah akak jambu. Tiada perubahan. Lantas diucapkan terima kasih dan berjalan keluar daripada bayang-bayang pokok besar, ke dalam lautan cahaya yang terik.
Dia meneliti sekeliling melalui cermin mata gelap. Sambil memerhatikan pasangan yang merokok di tangga jejantas, dia mengelamun. Sedapnya dapat hisap rokok dengan air jambu ni. Bara yang menukar krtas putih dan daun kering kepada asap halus yang lemak dan panas, berlawan pulak dengan manis dan masam jambu ni....
Eh diorang tenung aku lah.
Eh, aku yang tenung diorang merokok tadi. Celaka punya batuk, kalau tak mesti aku boleh layankan rokok dan air jambu for real. Mesti tak mengelamun.
Dia senyum sambil berlalu. Senyum... model citizen...
Padahal bukannya pasangan tadi perasan pun yang dia termenung menghadap mereka. Dia kan pakai cermin mata gelap.
Dia berjalan ke arah tempat kerja. Lunch break dah nak habis. Perbincangan dengan Dya tentang invitation kawan mereka berdua ke PP malam ni tak selesai lagi. Telefon Cokia dia tak boleh tahan dalam cuaca panas begini. Bateri lembik, processor lag. Semak! Dengan berpeluh lagi. Cepat lah, sampai ke office. Aku perlukan air-conditioning. Sepatutnya bekerja di Malaysia tak payah pakai kemeja dan tali leher. Apalah yang syok sangat dengan fesyen waktu bekerja yang ditiru ni, dia dah mula membebel bila semak. Dalam hati. Disimpan, sebab tak mahu hilang the cool-headed guy persona di kalangan kenalannya.
Sambil melintasi pintu utama, koridor dan lif, senyuman harus diberikan kepada semua kenalan kerja. The noisy ones, nosy ones, cool ones, the annoying bosses, khasnya the smarty-pants; boys and girls, especially the girls sebab mereka pandai, baik dan cantik. Yang lelaki pandai dan baik juga, tapi obviously tak cantik. Tolak 10 markah.
Bonus kepada the ladies. Lagi lagi Shee, kawan atas talian yang bekerja di tempat sama dengan dia tapi tidak pernah bercakap depan-depan. Bila berborak melalui skrin, mereka ibarat kawan lama. Sekepala dan selalu bersembang panjang lebar. Shee's awesome, source of motivation. Dia memang terpikat dengan personaliti Shee. Tapi Shee is kurang awesome bila-bila dia dilihat membawa sebuah fail tebal sambil berjalan ke arah mejanya, macam sekarang ni; tak kisahlah betapa attractive-nya Shee dalam beberapa saat menapak ke arah dia. Ia hanya bermakna
"I need you to work your proposal around these documents." Diletakkan di atas meja dia, Shee senyum lebar. Dia memang cair dengan muka itu, dan dia akur. Dalam maki. Makian untuk diri sendiri, kerana senang sangat menurut. Kisah lah jugak, tak ada maknanya tak kisah. Fuck. Ditenungnya kertas-kertas yang banyak tu.
........
Toleh kiri, kanan, bawah meja dan tepi meja.
Kembali ke posisi duduk yang asal.
.........FUCK. Mana briefcase proposal tu?? fikirnya sambil menyedut saki-baki air jambu yang sudah tidak sejuk.
.......................
Mana tuan aku? Kenapa aku, beg kesayangannya, ditinggalkan di kedai air jambu, fikir briefcase tersebut.
No comments:
Post a Comment