1.2.16

Dia letih berdiri, tapi semua tempat duduk telah diambil orang, kecuali satu yang berada betul-betul di tengah. (Bayangkan late arrival di panggung wayang, tempat duduk di tengah-tengah panggung.



'scuse me
Posted by BuzzFeed on Friday, 29 January 2016


Lebih kurang).

Dia lebih rela bersandar di tiang besar yang menampung struktur KL Sentral daripada menghadap perangai warganya, yang berhempas-pulas untuk cepat dan untuk rehat. Macam pasar. No thanks. 

Dia mencari tiang untuk bersandar, sambil menggodek iPhone 6S emas miliknya untuk memilih lagu daripada senarai - yang sudah pun diulang dua kali sejak 2 jam lepas, sejak ketibaannya di stesen megah Kuala Lumpur ini.

Lagu-lagu yang terpasang dalam Marley earphones pun tidak dapat menahan geramnya terhadap kenalan niaga yang ditunggu tunggu. Amatur-amatur dalam... bidang kerja ini tidak sedar yang apabila lambat, proses jadi melarat - situasi yang asalnya tidak bermasalah boleh jadi bermasalah.
Dia pun sudah beralih tempat beberapa kali sejak bermain waiting game dari tadi - setiap kali dia diperhatikan.

Apa saja keadaan di sekeliling, boleh diturunkan nadanya dengan in-ear headphones dan sepasang kaca mata hitam. Matanya ditutup, dan bunyi dari iPhone itu dikuatkan kepada yang paling tinggi. Tiada siapa akan mengganggunya di sini, meskipun jika warga kota yang lalu lalang perasan yang matanya ditutup. Para penjenayah tahu sini bukan tempatnya untuk menjalankan aktiviti. Dan dia bukan penjenayah, dia cuma... menjalankan urusan perniagaan, dan tempat yang paling selamat untuk berurusan ialah tempat yang boleh menyembunyikan dia: berrambut merah dan bertindik, ke latar belakang. Proses jual-beli di tempat terbuka lebih kompleks, tetapi lebih digemarinya daripada dilakukan di lorong-lorong gelap.

" Life turns to dust,
  And rain it turns to rust
Gossip is a truth,
  And money pays for the lies we trust
Your love is a surprise,
  Hopeless saints are in disguise
I'm just trying to find
  A nice place for you and I "

Bahunya diusik. Earphones ditanggalkan, dan dia toleh ke belakang. "Ami, kenapa kau lam-"

Polis. 

Dia leka; tiada tong sampah di sekeliling untuk unload paket 'Happy 5' yang entah berapa kilo di dalam beg galasnya. Dia perlu bertenang. Tenang...

Mulutnya bergerak. Tetapi hanya satu perkataan "Ya?" yang keluar. Mindanya sedang galak mencari kosa kata untuk benda lain: untuk maki rakan niaganya yang lambat - fikirkan sekarang untuk diucap kemudian - benda pertama yang akan dia lakukan nanti apabila rakannya sampai. Itupun jika dia tidak ditimpa masalah sekarang......

"Hai, sorang je ke?" Kata polis tersebut.

Hekeleh.

No comments:

Post a Comment